Friday, May 20, 2011

VISI MISI & OBJEKTIF KPTM

VISI


Menjadikan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia menjelang tahun 2020.


MISI


Membangun dan memperkasakan IPT untuk menghasilkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi dan berakhlak mulia untuk memenuhi aspirasi negara dan antarabangsa.


OBJEKTIF


  • Memastikan supaya sekurang-kurangnya 2 universiti negara disenaraikan sebagai antara 200 universiti terbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaan disenaraikan di kalangan 50 universiti terbaik dunia.
  • Membangunkan sekurang-kurangnya 10 pusat kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hakcipta, penerbitan, kerjasama penyelidikan dan pengkomersilan hasil penyelidikan.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awam mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafah atau setaraf dengannya.
  • Menghasilkan graduan-graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.
  • Memastikan 200 ribu pelajar antarabangsa mengikuti pengajian di IPT di peringkat Diploma, Ijazah dan lepasan Ijazah menjelang 2020.
  • Meningkatkan jalinan hubungan strategik diantara institusi pengajian tinggi tempatan dengan institusi pengajian tinggi luar negara, serta institusi penyelidikan ternama dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan.
  • Merumus dan mewujudkan dasar, sistem kawal selia dan perkhidmatan yang membantu pembangunan pendidikan tinggi yang mantap dan berkualiti selaras dengan dasar pendidikan tinggi dan wawasan negara.
  • Mensasarkan sekurang–kurangnya 40% kohort umur 17 – 23 mengikuti pengajian di peringkat pengajian tinggi.
  • Memastikan program pembangunan pelajar melahirkan insan yang unggul, seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
·         Penubuhan IPT di Malaysia, khususnya universiti awam yang merupakan antara IPT tertua, terbesar dan berpengaruh dalam sejarah pembangunan pendidikan tinggi sejak merdeka.

 Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007 

0 comments:

Post a Comment