Friday, May 20, 2011

MATLAMAT PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA


Sebab-sebab penubuhan IPT di Malaysia :
  1. Memenuhi tuntutan negara bagi menyediakan sumber tenaga manusia yang mahir dan berkelayakan, sesuai dengan keperluan negara yang baru merdeka dan sedang membangun (Report by the Committee to Study, Review and Make Recommendations Concerning the Development and Direction of Higher Education in Malaysia, 2006 : CH 5.6).
  2. Memenuhi keperluan negara dalam beberapa bidang yang penting kepada negara seperti bidang sains, teknologi, pengajian pertanian, pengurusan, pendidikan dan lain-lain bidang dalam mewujudkan sebuah negara yang maju dan terkemuka di mata dunia.
  3. Memenuhi tuntutan negara dalam menyusun semula sturktur sosial dan ekonomi masyarakat majmuk Malaysia yang tidak seimbang. Untuk membina satu negara yang bersepadu dan utuh, pendidikan tinggi dilihat sebagai satu cara terpenting untuk mencapai matlamat penyusunan semula struktur sosial dan ekonomi negara.
  4. Memenuhi tuntutan kehendak masyarakat semasa. Bahasa pengantar menjadi isu penting di dalam pendidikan tinggi. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di UKM pada tahun 1970 kerana masyarakat Melayu mahu menjadikan bahasa tersebut sebagai bahasa pengantar pada peringkat universiti. Namun demikian, melihat kepada perkembangan dunia yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar diperingkat antarabangsa, IPT di Malaysia turut menjadikannya satu pendekatan baru yang begitu baik sejajar dengan pembangunan Malaysia yang semakin mendapat tempat di mata dunia.
  5. Kerajaan mengkehendaki lebih ramai rakyat Malaysia mendapat pendidikan tinggi untuk membolehkan Malaysia berdaya saing dalam zaman globalisasi ini.
  6. Menurut Pelan Strategik Pembangunan pendidikan Tinggi Negara, pada tahun 2010 sebanyak 1.6 juta tempat di IPT perlu disediakan untuk mencapai sasaran 40 peratus penduduk dalam kohort umur 17 hingga 23 tahun mendapat pendidikan tinggi.      

·         Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007

0 comments:

Post a Comment