Tuesday, May 24, 2011

PERANAN MENGENDALIKAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN


    Jabatan Perkhidmatan Awam 

•  Menetapkan dasar dan garis panduan untuk semua kementerian/jabatan/agensi; dan
•  Memastikan keseragaman dan piawaian pelaksanaan dengan:
- menerangkan konsep Penilaian Tahap Kecekapan;
- memberi panduan mengenai pembangunan sukatan dan kurikulum, pengurusan peperiksaan dan pengurusan kursus;
- memberi penerangan dan latihan mengenai teknik penggubalan soalan dan penilaian;
- memberi panduan mengenai penetapan tahap melepasi kecekapan;  dan
- memantau pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan secara keseluruhan.


  Ketua Jabatan

•  Menubuhkan Lembaga Penilaian Kompetensi Kementerian dan Panel-panel
•  Menyebarkan maklumat, termasuk sukatan peperiksaan, kurikulum kursus serta menyediakan sumber rujukan untuk pegawai-pegawai jabatan;
•  Mengurus pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan  di peringkat Jabatan;
•  Membuat tapisan dan perakuan bagi pegawai yang memohon menduduki Penilaian Tahap Kecekapan;  dan
•  Memantau pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan  di peringkat Jabatan



Pegawai 


•  Memahami konsep dan matlamat Penilaian Tahap Kecekapan;
•  Memahami sukatan peperiksaan dan kurikulum kursus;
•  Melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran sebelum menduduki Penilaian Tahap Kecekapan;
•  Memohon menduduki/menghadiri Penilaian Tahap Kecekapan; dan
•  Menduduki peperiksaan atau menghadiri kursus Penilaian Tahap Kecekapan.



0 comments:

Post a Comment