Wednesday, May 18, 2011

Pendidikan di Malaysia


Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia manakala pengajian tinggi diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Jenis ujian berpusat untuk menilai prestasi pelajar sekolah rendah adalah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ke enam. Manakala  ujian berpusat untuk menilai prestasi pelajar sekolah menengah adalah Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tingkatan tiga dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tingkatan lima. Manakala Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk Sekolah Menengah Agama. Selain itu terdapat jenis-jenis penilaian lain lagi yang ada seperti STPM, Matrikulasi, UEC iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) , Senior (UEC-SML/SUEC) dan A level yang akan saya terangkan akan datang..insyaÁllah..

0 comments:

Post a Comment