Thursday, May 19, 2011

MBE, RMK10 & NKEA (secara ringkas)



Model Baru Ekonomi (MBE)

  • Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;
  • Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;
  • Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;
  • Memperkukuhkan sektor awam;
  • Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;
  • Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;
  • Meningkatkan sumber pertumbuhan;
  • Memastikan pertumbuhan yang mapan.


10 Premis Utama RMK10

  1. Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara;
  2. Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa;
  3. Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan;
  4. Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi;
  5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul;
  6. Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.
  7. Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.
  8. Menyokong perkongsian pintar yang efektif.
  9. Menghargai khazanah alam sekitar.
  10. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.


5 Teras Strategik

Lima teras strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Bagi menuju ke arah itu, Perdana Menteri berkata Malaysia perlu merangka pendekatan baru yang mengutamakan modal insan berkualiti, inovasi dan kreativiti serta kerajaan bertindak umpama sebuah syarikat yang berdaya saing. 5 teras tersebut ialah:
  1. Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Prestasi Petunjuk Utama (KPI).
  2. Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.
  3. Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.
  4. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.
  5. Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) 
  1. Minyak dan gas
  2. Minyak sawit dan produk berkaitan
  3. Perkhidmatan kewangan
  4. Pemborongan dan peruncitan
  5. Pelancongan
  6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  7. Perkhidmatan Pendidikan
  8. Elektrik dan elektronik
  9. Perkhidmatan perniagaan
  10. Penjagaan kesihatan swasta
  11. Pertanian
  12. Greater Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment