Tuesday, May 24, 2011

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) adalah salah satu syarat yang mesti dilalui oleh setiap kakitangan kerajaan untuk pengesahan jawatan sehinggalah proses memohon kenaikan pangkat.Ia merupakan ujian wajib lulus bagi setiap kakitangan kerajaan termasuklah PPPT.

Rasional Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)


Kerajaan menyeru supaya setiap pegawai perkhidmatan awam meningkatkan keupayaan diri untuk menghadapi cabaran globalisasi, meningkatkan daya saing negara, memupuk sikap dan budaya baru, menambahkan keberkesanan pelaksanaan projek dan penyampaian perkhidmatan, meningkatkan keprihatinan terhadap aduan rakyat serta proaktif terhadap cabaran baru.  Selaras dengan seruan tersebut, pegawai perkhidmatan awam perlu mengubah minda, sikap dan cara bekerja melalui pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia. Sistem ini memberikan penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, peningkatan kemahiran dan penerapan ciri-ciri
peribadi terpuji.

Objektif yang ingin dicapai  melalui pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan adalah seperti :

  • Menggalakkan pembangunan diri dan memantapkan ciri-ciri peribadi
  • Menggalakkan penggunaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi 
  • Menerapkan  budaya kerja berpasukan
  • Memantapkan organisasi pembelajaran
  • Melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi
  • Membudayakan kecemerlangan perkhidmatan awam
  • Memenuhi salah satu syarat untuk anjakan gaji dan kenaikan pangkat


0 comments:

Post a Comment