Misi
Menerobos sempadan untuk membina persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif ke arah menjana ekonomi yang dipimpin inovasi
Visi
Penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global menjelang 2015
Piagam Pelanggan
JPP komited memberi perkhidmatan yang berkualiti,cekap dan mesra pelanggan dalam perkara berikut:
Menyediakan peluang pendidikan berkualiti di peringkat diploma,dan diploma lanjutan selaras dengan keperluan industri semasa
Memastikan proses pengambilan pelajar ke Politeknik mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan serta memaklumkan keputusan kemasukan dalam tempoh satu bulan selepas tarikh tutup permohonan
Membuat penempatan pensyarah-pensyarah ke Politeknik sekurang-kurangnya dua kali setahun
Mengambil tindakan terhadap setiap aduan dan memberi maklumbalas terhadap pertanyaan dalam tempoh lima hari bekerja
Mengadakan sekurang-kurangnya satu sesi dialog setiap tahun dengan pihak industri dan agensi berkaitan untuk memastikan program pengajian yang ditawarkan sentiasa relevan dengan keperluan sumber tenaga manusia yang diperlukan
Menyediakan maklumat tentang peluang-peluang pendidikan yang ditawarkan dalam tempoh tiga hari bekerja.
0 comments:
Post a Comment